EntriesAboutDarlinksCredits


Overview


Hello, my name is NURSHAZLIN BINTI MOHAMAD SHAH. Welcome to my territory.

Screams


Follow me =)


A Lot Tragedy
Sunday 15 December 2013 | 0 comments
Setelah berkurun lamanya tak tengok tempat luahan perasaan aku nie . Dah lama tak conteng dekat sini, sorry aku busy sangat . Okey, lets start the story . Yeah full of story and tragedy. Sekarang aku dah sambung belajar dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  dalam kos yang paling aku minat yeah that's NURSING, alhamdulillah aku dapat apa yang aku nak dan cita-cita hampir tercapai. Aku tahu kemampuan aku setakat mana dan aku tahu apa yang aku nak. First time duduk hostel tade lah banyak masalah sangat, just kena buat semua benda sendiri lah berdikari katanya. Dapat roomate pulak budak Kelantan, aduhh aku paling tak suka orang Kelantan sebab kebanyakan orang sana tak reti nak jaga kebersihan, that's rite you know why? Boleh dikira berapa kali je dia sapu bilik dah tu sapu tempat sendiri pulak tu, lepas tu suka simpan baju kotor untuk dua tiga hari yang tu tak jadi masalah lah sebab dia yg basuh sendiri bukan aku tapi the problem is bila time nak menyidai baju tu ha ambik kau penuh baju dia saja habis aku punya baju ni nak sidai mana ? yang aku nie pulak jenis kalau marah diam je, malas lah nak banyak bunyi kan. Aku selalu lepas mandi je terus je basuh baju so dalam satu hari tu kekadang sampai tiga kali basuh baju haha. Geng aku dengan bilik sebelah, kira 4 orang lah kan . Bilik sebelah tu budak Kedah (Alyaa) dengan budak Selangor (Yana) . Dengan Yana tade masalah sangat sbb budak tu jenis pendiam, dengan si Alyaa nie ada sikit problem. Dia nie suka cakap besar bayangkan sampai budak-budak bilik dekat dengan bilik kiteorang pun tak suka dia. Cara dia memang kasar tape dia buat hal aku diam je dia buat lagi aku diamkan je lagi, sampai satu hari dah banyak sangat kot dosa dia dengan aku kebetulan pulak hari tu hari Jumaat dia rasa tak tenang. Petang tu dia tertidur padahal dia bukan jenis tidur petang, dia mimpi aku marah dia gila-gila. Hahaha tengok aku mrah pun tak pernah nie tetiba sampai termimpi aku marah dia, then lepas maghrib tu dia pun mintak lah maaf. Tapi perangai still tak ubah lagi, biar lah dia malas nak banyak cakap. Cuma kebanyakan member aku cakap aku nie manja tak pernah marah orang n banyak cakap. Hahaha nak tengok aku marah ke? tunggu bila aku dah betul-betul meletup nanti ha tengok lah macam mana aku jadi singa nanti. Sampai kan ramai budak-budak nie cakap aku anak bongsu n tak caye aku nie anak sulung, lantak korang lah nak caye ke tidak. Sekarang nie dah habis pun satu semester rasa macam semalam baru orentasi. Nanti pejam celik pejam celik dah qualified hihi. Plan untuk masa depan aku ingat nak sambung belajar lagi insyaallah kalau ada rezeki, yang penting aku nak tolong family n adik-adik dulu. Kalau nak ikutkan hati memang lah nak khawin awal nanti senang tade lah dah tua baru nak beranak, tapi aku terima memang kebanyakkan anak sulung akan khawin lambat untuk selesaikan sikit tanggungjawab diaorang dekat family.Aku nak stabilkan ekonomi dulu, nak ada kereta baru fikir pasal khawin, waktu tu nanti kalau bakal suami nak masuk minang pun masuk lah dah ready dah. 
Hari nie 15/12/2013 lagi berapa minggu je dah nak melangkah ke 2014, sekejap jekan masa berlalu . Aku tak tahu kenapa setiap hari yang sepatutnya jadi hari yang paling happy paling bermakna akan bertukar jadi hari yang paling sedih. Iyela kalau tak caye masa bufday aku hari tu gaduh, time bufday dia gaduh, time anniversary punnnnnnn gaduh jugak. Haihh, sedihnya lahai tak tahu nak cakap apa. Paling tak boleh lupa masa anniversary tu dia cakap betul ke dah cukup 2 tahun ? Yee aku tahu memang aku punca segala-galanya, so selama ni aku jelah yang syok sendiri kira setiap kali tiba 11 haribulan, okey lepas nie aku takan kira lagi, takan kira! Sedih kot hati nie . Dah banyak kali aku bagitahu sebab apa aku mintak putus dulu. 4/8/2011 memang hari yang paling bodoh lah dalam hidup aku, aku dah cakapkan aku mintak putus dulu sebab aku takut dia main-mainkan aku, aku tak yakin yang aku sayang dia, aku kesian tengok dia nak melayan keranah aku yang banyak songeh nie, aku takut dia tak tahan. Tapi sepanjang tiga hari tu aku dapat rasa hati aku sebenarnye macam mana,apa perasaan aku kat dia sebenarnya. Aku cakap yang kami nie tak serasi tu cuma alasan semata-mata faham tak cuma alasan untuk dia lepaskan aku. Tade alasan sebab aku masih lagi sayangkan orang lain, waktu tu hati aku dah kosong. Aku tade perasaan langsung dekat ex2 aku dulu tade perasaan sikit pun dekat Hazrin tade perasaan sikit pun kat Shafiq sebab aku dah lupakan dia. Sikit pun tade kenapa dia tanak percaya :( .
 Malam tadi dia terus terang yang dia memang susah nak percaya dekat perempuan, okey takpe tak boleh nak paksakan untuk orang percaya dekat kita. Dia cakap aku tak faham dia, dah 2 tahun lebih couple baru sekarang dia cakap aku tak faham dia? dapat bayangkan tak macam mana perasaan aku waktu tu? Hmm it's okey, I'm fine. Aku tahu dia jenis yang kuat cemburu, malam tadi dia luahkan sikit pasal tak puas hati dengan Ijat, okey aku dengan Ijat cuma kawan aku layan dia sebagai kawan satu sekolah lagi pun Ijat tu kan sepupu dia tapi tak sangkalah dia seteruk tu. Sape yang aku layan cuma orang yang aku kenal je, sumpah tade niat pape pun tade niat nak melayan ke apa ke. Dalam hati aku cuma ada family n dia jee, kalau dia masih susah nak percaya dekat aku lagi takpe terpulang dekat dia, dah 2tahun lebih kot. Aku tahu hati dia masih sakit sebab perbuatan aku dulu, tapi dia pun kena ingat hati aku pun masih lagi sakit dengan perbuatan dia yang dulu. 

Hati nie memang sedih sangat-sangat bila fikirkan balik pasal hubungan nie, rasa jelly dengan couple lain yang dapat happy2, dapat gurau2, dapat manja2, dapat call lama2, hmmm . Semakin lama kami jadi semakin tak okey. Dia cakap aku pentingkan diri sendiri, habis panas baran dia tu? Jujur lah aku cakap aku tak suka lelaki yang panas baran, yang suka tinggi suara dekat perempuan, yang suka kasar dengan perempuan sebab bagi aku lelaki tempat untuk perempuan berlindung. Dulu clash dengan ex sebab panas baran dia lah dan aku tanak sebab yang sama berlaku untuk hubungan yang kali nie :( . Aku cuba untuk tahan dan terus bertahan sebab aku sayang, kenapa dia tak pernah sedar :'( . Balik kerja aku tahu penad, tapi bolehkan kalau tak marah-marah dekat aku, bolehkan kalau tak tinggikan suara tu hmm . 



Older Post